Brexit bawa akibat buruk kepada industri kesihatan

Brexit bawa akibat buruk kepada industri kesihatan

LONDON,. Pengunduran Britain dari Kesatuan Eropah (EU) memberi risiko besar kerana bekalan ubat dan penjagaan kesihatan akan tertangguh, kata pemerhati perbelanjaan dana awam United Kingdom hari ini.

Malah seorang ahli perundangan berpengaruh berkata, Brexit tanpa sebarang perjanjian memberi akibat amat buruk.

Walaupun kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Boris Johnson, mengambil beberapa langkah menguruskan risiko, laporan Pejabat Audit Kebangsaan (NAO) menyatakan banyak kerja penting perlu dilakukan.

Ahli perundangan Meg Hillier, yang mempengerusikan jawatankuasa akaun awam Parlimen, berkata laporan itu amat membimbangkan.

Kementerian Kesihatan masih belum tahu sama ada bekalan sudah sedia, katanya, tidak tahu sama ada penyedia penjagaan sosial seperti rumah penjagaan orang sakit dan warga tua sudah sedia, dan tidak pasti sama ada kapasiti diperlukan untuk ubat import ada tepat pada masa.

“Jika kerajaan tersilap mengenai perkara ini, ia akan memberi akibat amat buruk,” kata Hillier dalam kenyataan mengenai laporan NAO.

Beliau menambah, sebagai ketua jawatankuasa akaun awam, beliau sudah melihat banyak contoh tarikh akhir yang sudah terlepas dan kegagalan kerajaan.

Johnson berjanji membawa Britain keluar dari EU dengan atau tanpa perjanjian menjelang 31 Oktober, meningkatkan peluang perpisahan mengejut yang akan membawa kepada pemeriksaan tarif dan kastam dalam benua buat kali pertama dalam masa sedekad.

Risiko adalah teruk bagi kesihatan dan perkhidmatan penjagaan sosial selain bagi industri farmaseutikal, dengan 37 juta bungkusan ubat import ke Britain dari Eropah setiap bulan. — Reuters

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )