Bursa Malaysia dibuka rendah dalam dagangan awal

Bursa Malaysia dibuka rendah dalam dagangan awal

KUALA LUMPUR,Bursa Malaysia susut daripada kenaikan semalam untuk dibuka rendah pagi ini berikutan jualan dalam kaunter berkaitan indeks, di tengah-tengah prestasi bercampur-campur pasaran serantau.

Pada 9.05 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 7.04 mata kepada 1,597.32 daripada paras penutup 1,604.36 pada Isnin.

Pada pembukaan, indeks utama itu turun 3.27 mata kepada 1,601.09.

Di keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 114 berbanding 112, manakala 210 kaunter tidak berubah, 1,563 tidak diniagakan dan 17 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 99.81 juta saham bernilai RM41.07 juta.

Malacca Securities Sdn Bhd berkata meskipun kenaikan FBM KLCI semalam, keseluruhan keadaan pasaran kekal sederhana apabila suasana pasaran masih tidak menentu.

“Kami kini merasakan keadaan tidak menentu itu akan meningkat kerana aktiviti pengambilan untung dijangka berlaku selepas kenaikan saat-saat akhir semalam dan kami merasakan FBM KLCI akan menyuusut sedikit dalam tempoh terdekat ini.

“Kerana itu, kami masih merasakan minat belian susulan masih lemah dan tidak dijangka menyokong indeks utama lebih tinggi lagi susulan kesangsian terhadap perjanjian perdagangan Amerika Syarikat-China,” kata firma penyelidikan itu dalam satu nota hari ini.

Firma itu berpendapat keputusan korporat bercampur-campur yang diumumkan setakat ini akan menyediakan rangsangan belian baharu.

Malacca Securities menyasarkan paras sokongan pada 1,600 dan 1,590 manakala paras ketahanan kekal pada 1,610 dan 1,620.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Tenaga susut empat sen kepada RM13.66, Public Bank turun 14 sen kepada RM19.74, Petronas Chemicals dan IHH jatuh enam sen setiap satu masing-masing kepada RM7.30 dan RM5.50, manakala CIMB berkurangan lima sen kepada RM5.30.

Bagaimanapun, Maybank tidak berubah pada RM8.66.

Dalam kalangan kaunter cergas, Tiger Synergy meningkat setengah sen kepada 6.5 sen, Heng Huat susut 1.5 sen kepada 4.5 sen, Tanco tidak berubah pada tujuh sen, KNM turun satu sen kepada 43 sen, manakala Green Packet meningkat dua sen kepada 70 sen.

Indeks FBM Emas turun 37.27 mata kepada 11,333.56, Indeks FBMT 100 susut 40.72 mata kepada 11,141.89 dan Indeks FBM Emas Shariah berkurangan 29.32 mata kepada 11,879.02.

FBM Ace turun 0.98 mata kepada 4,936.65 dan FBM 70 susut 16.98 mata kepada 14,108.32.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 80.45 mata kepada 15,565.41, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian jatuh 0.44 mata kepada 152.69 dan Indeks Perladangan berkurangan 23.16 mata kepada 6,935.37.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )