CIMB, Standard Chartered selesai swap asas mata wang silang SOFR MYR KLIBOR – USD pertama

CIMB, Standard Chartered selesai swap asas mata wang silang SOFR MYR KLIBOR – USD pertama

KUALA LUMPUR,. CIMB Bank dan Standard Chartered Bank Malaysia telah menyelesaikan transaksi swap asas mata wang silang Kadar Pembiayaan Semalaman Bercagar (SOFR) MYR KLIBOR – USD yang pertama secara bersama dengan perdagangan USD100 juta.

Ketua Pasaran Kewangan (ASEAN tidak termasuk Singapura) Standard Chartered Sylvia Wong berkata sebagai satu lagi swap mata wang silang ringgit yang pertama merujuk kepada SOFR USD, bank meneruskan usaha perintisnya dalam pasaran derivatif mata wang silang Asia.

“Standard Chartered sebelum ini telah menyelesaikan swap mata wang silang CNY yang pertama merujuk kepada kadar repo CNY dan SOFR USD dan swap mata wang silang Purata Kadar Semalaman Singapura (SORA) SGD – SOFR USD yang pertama di rantau ini.

“Kami amat gembira untuk memperluaskan komitmen global Standard Chartered untuk bekerjasama dengan peserta dan pelanggan pasaran kewangan dalam menghadapi pembaharuan penanda aras global,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Penyelesaian transaksi itu turut bertepatan dengan acara Pasaran Kewangan Malaysia yang akan diadakan pada 18 Sept, Peralihan Kadar Tawaran Antara Bank Malaysia (IBOR).

“Pasaran derivatif kadar faedah cair yang menggunakan kadar rujukan baharu yang diterima di peringkat global penting untuk membolehkan institusi Malaysia melindung nilai secara berkesan dan cekap. Kami akan terus menyumbang kepada pembangunan ini dengan memanfaatkan pengalaman Standard Chartered di peringkat global,” katanya.

Sementara itu, Ketua Perbendaharaan Kumpulan CIMB Chu Kok Wei berkata CIMB Bank turut menyelesaikan swap kadar faedah SOFR USD antara bank tempatan pertamanya yang dilakukan melalui London Clearing House (LCH).

“Dengan operasi kami yang luas di ASEAN dan penglibatan kami dalam pembangunan pasaran kewangan tempatan masing-masing, CIMB berada dalam kedudukan yang baik untuk menyumbang kepada agenda pembangunan pasaran tempatan,” katanya.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )