Dua calon Korea Amerika menang kerusi Dewan Perwakilan Kongres AS

Dua calon Korea Amerika menang kerusi Dewan Perwakilan Kongres AS

WASHINGTON,. Dua calon berketurunan Korea Selatan, termasuk seorang wanita, menangi kerusi Dewan Perwakilan Kongres Amerika Syarikat (AS) dalam pilihan raya presiden minggu ini, lapor Agensi Berita Yonhap memetik Associated Press (AP).

Bekas Datuk Bandar Tocoma, Marilyn Strickland yang mewakili Demokrat menang dalam pengundian di Daerah Kongres ke-10 Washington, menjadikan beliau wanita pertama keturunan Korea Selatan dipilih dalam sejarah 230 tahun Kongres.

Strickland juga menjadi keturunan Afrika Amerika pertama mewakili Washington di peringkat persekutuan.

Beliau dilahirkan di Seoul pada 1962. Bapanya warga Amerika manakala ibunya rakyat Korea.

Sementara itu, seorang lagi calon Demokrat, Andy Kim menang di Daerah Kongres ketiga New Jersey, lapor AP.

Selain Strickland dan Kim, tiga lagi keturunan Korea Selatan, Young Kim dan Michelle Steel yang mewakili Republikan serta David Kim daripada Demokrat, bertanding dalam pilihan raya Kongres Selasa lalu.

Proses kiraan undi untuk ketiga-tiga calon itu masih berlangsung.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )