Gempa bumi sederhana gegar pantai barat utara Sumatera

KUALA LUMPUR,. Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.9 pada skala Richter melanda luar pantai barat utara Sumatera, Indonesia pada 7.58 pagi tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) gegaran itu berlaku pada kedudukan 169 kilometer (km) barat daya dari Nias, Indonesia dengan kedalaman 10km.

Bagaimanapun, gempa berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )