Jumlah kes COVID-19 di India kini cecah 10,802,591

Jumlah kes COVID-19 di India kini cecah 10,802,591

NEW DELHI, 5 Feb — Jumlah kes COVID-19 di India meningkat kepada 10,802,591 pada Jumaat dengan 12,408 lagi kes baharu didaftarkan dalam tempoh 24 jam lalu, memetik data terbaru Kementerian Kesihatan.

Kes kematian meningkat kepada 154,823 orang apabila 120 lagi pesakit meninggal dunia sejak pagi Khamis, lapor Agensi Berita Xinhua.

Sebanyak 151,460 kes aktif di negara ini, sementara 10,496,308 orang telah dibenarkan keluar hospital.

India memulakan kempen vaksinasi di seluruh negara pada 16 Januari. Setakat ini hampir lima juta orang, terutama pekerja kesihatan, sudah menerima suntikan.

Dua jenis vaksin diberikan iaitu vaksin Covishield dihasilkan Serum Institute of India (SII) dan vaksin Covaxin keluaran Bharat Biotech International Limited. Sementara itu, keseluruhan 199,931,795 ujian saringan telah dilakukan setakat Khamis, menurut data terbaru Majlis Penyelidikan Perubatan India (ICMR) pada Jumaat.

New Delhi, yang merupakan satu daripada negeri paling teruk terjejas telah menyaksikan jumlah kes agak rendah baru-baru ini. Sebanyak 158 kes baharu dan tujuh kematian dilaporkan pada Khamis.

— BERNAMA

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )