Kadar jangka pendek kekal stabil susulan operasi BNM

Kadar jangka pendek kekal stabil susulan operasi BNM

KUALA LUMPUR,. Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini susulan campur tangan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai dari sistem kewangan.

Mudah tunai hari ini dianggarkan berjumlah RM33.14 bilion dalam sistem konvensional dan dana Islam pula sebanyak RM12.65 bilion.

BNM akan melaksanakan dua tender pasaran wang konvensional, masing-masing membabitkan sejumlah RM1 bilion untuk tempoh selama lapan dan 14 hari.

Bank pusat juga akan mengendalikan dua tender Qard masing-masing sebanyak RM500 juta selama lapan dan 14 hari.

Ia turut mengumumkan ketersediaan adanya repo berbalik, Perjanjian Jual Beli Semula (SBBA) dan kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar (CCM) untuk jangka masa satu hingga tiga bulan.

Pada jam 4 petang, BNM akan melaksanakan tender semalaman konvensional bernilai sehingga RM31.1 bilion dan RM11.6 bilion untuk tender semalam Murabahah.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )