Lallana sertai Brighton

Lallana sertai Brighton

LONDON,. Brighton menandatangani pemain tengah Liverpool, Adam Lallana menerusi perpindahan percuma awal pagi tadi.

Bekas pemain antarabangsa England itu bersetuju dengan kontrak tiga tahun bersama Brighton hanya selepas 24 menamatkan musim Liga Perdana.

Pemain berusia 32 tahun itu yang kontraknya bersama Liverpool tamat selepas perlawanan terakhir semalam, menjadi sasaran Everton, Leicester dan Burnley sebelum memilih skuad kendalian Graham Potter.

“Adam sangat teruja menyertai kami, seseorang yang saya pasti disukai penyokong dan apabila keadaan kembali normal,” kata Potter di laman sesawang Brighton.

“Untuk memiliki pengalaman dan kualiti sepertinya di padang adalah tambahan yang hebat buat kami, dan saya tahu dia akan menjadi model ikutan buat pemain muda dalam skuad.”

Ketika bersama Liverpool, Lallana menang LIga Juara-Juara, Liga Perdana, Piala Super Eropah dan Piala Dunia Kelab FIFA. – AFP

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )