MARC beri penarafan tinggi kepada Top Glove

MARC beri penarafan tinggi kepada Top Glove

KUALA LUMPUR,. Malaysian Rating Corp Bhd (MARC) telah meningkatkan penarafan kredit korporat Top Glove Corp Bhd (Top Glove) daripada AA pada tahun 2020 kepada AA+ pada tahun 2021.

Dalam satu kenyataan hari ini, Top Glove berkata pendapatan yang lebih tinggi ditambah dengan penukaran sepenuhnya bon boleh tukar US$200 juta (US $ 1 = RM4.04), telah mengukuhkan struktur permodalannya, ia menghasilkan nisbah hutang-ke-ekuiti yang lebih baik pada suku pertama tahun kewangan 2021.

Pengarah Urusan Top Glove Datuk Lee Kim Meow berkata syarikat itu menghargai penarafan yang tinggi diberi MARC itu.
“Ini menunjukkan bahawa asas kewangan dan pasukan pengurusan berada pada kedudukan yang mantap, serta keyakinan MARC terhadap kemampanan jangka panjang perniagaan kami,” katanya.

Penarafan AA+ yang lebih baik adalah penarafan kedua tertinggi diberikan kepada syarikat dan ia menghampiri penarafan tertinggi iaitu AAA.

Penarafan AA + juga merupakan penarafan kredit korporat tertinggi yang diberikan kepada syarikat pembuatan di Malaysia setakat ini.

Pada masa yang sama, MARC juga mempertahankan penarafan diterima sebelum ini iaitu AA-IS (CG) terhadap syarikat tujuan khas, TG Excellence Bhd bagi Program Sukuk Wakalah bernilai RM3 bilion.

Top Glove yang memiliki 100 peratus TG Excellence telah memberikan jaminan korporat tanpa syarat dan tidak dapat ditarik balik pada sukuk jangka sederhana.

MARC telah mengekalkan penarafan Top Glove pada tahap stabil dan penegasan ia mencerminkan kewajipan tanpa jaminan Top Glove, sejajar dengan prinsip-prinsip MARC mengenai hutang subordinat dan sekuriti hibrid bagi entiti yang mendapat penarafan AA dan penarafan lebih tinggi.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )