Ops Benteng: 22,815 kapal diperiksa APMM – Mohd Zubil

Ops Benteng: 22,815 kapal diperiksa APMM – Mohd Zubil

PORT DICKSON,. Sebanyak 22,815 kapal telah diperiksa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dengan 190 tangkapan atas pelbagai kesalahan, sejak Ops Benteng dilaksanakan 12 Mei hingga 31 Ogos lepas.

Ketua Pengarah Maritim Laksamana Maritim Datuk Mohd Zubil Mat Som berkata daripada jumlah tangkapan itu, 107 daripadanya membabitkan kes berkaitan perikanan, pendatang tanpa izin (27 kes), penyeludupan (18 kes) dan lain-lain, 38 kes.

“Maritim Malaysia juga turut merampas pelbagai barangan kes yang dianggarkan bernilai RM10 juta,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Bot Benteng di sini, semalam.

Ops Benteng diaktifkan sejak Mei di bawah Pasukan Petugas Kebangsaan (NTF) dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), APMM, Kementerian Kesihatan, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Imigresen Malaysia dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

Mengenai majlis berke-naan, Mohd Zubil berkata agensi penguat kuasa itu menerima tujuh bot pemintas yang bernilai RM6.3 juta bagi memperkukuhkan lagi pengoperasian Ops Benteng.

Katanya, tujuh bot berke-naan yang memiliki kelajuan 60 knot, akan diagihkan kepada Pasukan Tindakan Khas (PTK), APMM Perak; Melaka dan Negeri Sembilan; Johor dan Perlis.

“Keutamaan agihan bot pemintas ini diberikan kepada Maritim negeri dan zon yang berdekatan dengan perairan negara jiran dan terdedah kepada ancaman aktiviti jenayah rentas sempadan seperti penyeludupan migran dan dadah.

“Bot-bot ini merupakan tambahan kepada aset Mari-tim. Buat masa ini, aset ini mencukupi untuk pengoperasian Ops Benteng,” katanya.

Ditanya sama ada keanggotaan APMM mencukupi seiring dengan pertambahan aset, Mohd Zubil berkata ketika ini agensi penguatkuasaan itu memiliki seramai lebih 4,000 anggota, dan ia mencukupi.

“Bagaimanapun, Maritim menyasarkan untuk memiliki keanggotaan seramai 10,000 orang menjelang 2040,” katanya.

— Bernama

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )