Penganggur didakwa bunuh bapa kandung

Penganggur didakwa bunuh bapa kandung

IPOH,. Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh bapa kandungnya, di sebuah rumah di Jalan Besar K/B Gunung Rapat dua minggu lalu.

Tertuduh, Pang Kar Foong, 49, dilihat tenang ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Noor Azreen Liana Mohd Darus, bagaimana tiada pengakuan direkodkan.

Berdasarkan kertas pertuduhan, lelaki itu didakwa dengan sengaja melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian kepada Pang Ket Tai, 75, menggunakan botol dan serpihan botol kicap di dalam sebuah rumah di Jalan Besar K/B Gunung Rapat di sini pada kira-kira 6.30 petang, 12 Sept lepas.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya K. Darinee, manakala tertuduh diwakili Peguam R. Rajasegaran.

Mahkamah menetapkan 9 Nov depan untuk sebutan semula kes, bagi mendapatkan laporan bedah siasat.

Sementara itu, Rajasegaran ketika ditemui memaklumkan anak guamnya yang tidak bekerja itu, perlu mendapatkan rawatan susulan sakit mental di Hospital Tanjung Rambutan

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )