PM nafi pelawa UMNO tubuh Pakatan Nasional

PM nafi pelawa UMNO tubuh Pakatan Nasional

KUALA LUMPUR,. Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan pernah mempelawa parti UMNO untuk menubuhkan Pakatan Nasional.

Dalam satu wawancara yang disiarkan di saluran YouTube The Malaya Post, Perdana Menteri, sebaliknya menegaskan, beliau terbuka untuk menemui mana-mana pihak seperti wakil parti lawan untuk mendengar pendapat mereka.

Menurut beliau, selaku Perdana Menteri penting untuk beliau mendengar semua pendapat supaya beliau dapat menyelesaikan semua isu.

“Tetapi ada orang tafsirkan perjumpaan saya dengan parti lawan bermakna saya berusaha untuk buat satu campuran baharu. Ini tidak benar!” tegas Dr. Mahathir.
Terdahulu, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan, dakwaan terdapat beberapa Ahli Parlimen dari PKR, Parti Amanah Negara (Amanah) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS), menyokong pakatan baharu Pakatan Nasional yang digerakan pembangkang, sebagai tidak berasas.

BACA: Anwar sifatkan Pakatan Nasional propaganda pembangkang
Sementara Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Bung Mokhtar Radin menjelaskan isu itu juga tidak dibincangkan dalam Majlis Tertinggi UMNO yang bermesyuarat pada Jumaat lalu.

Sementara itu, Dr. Mahathir itu juga percaya parti yang pernah diterajuinya itu bersedia memberi sokongan kepada kerajaan tetapi bersyarat memandangkan parti itu kini sudah menjadi parti yang lemah.

“Kalau tak sesuai (dengan syarat mereka) saya tak fikir mereka akan sokong,” katanya.

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )