PM New Zealand alu-alukan penembak masjid Christchurch dipenjara seumur hidup

PM New Zealand alu-alukan penembak masjid Christchurch dipenjara seumur hidup

WELLINGTON,. Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern mengalu-alukan hukuman penjara yang dijatuhkan terhadap penembak dalam insiden serangan masjid Christchurch hari ini, sambil menegaskan lelaki itu sewajarnya ‘didiamkan’ seumur hidup.

“Trauma pada 15 Mac tidak mudah untuk disembuhkan, namun hari ini saya berharap ia adalah kali terakhir kita mendengar atau menyebut nama pengganas di sebalik insiden itu.

“Dia selayaknya didiamkan sepenuhnya untuk seumur hidup,” kata Ardern, yang menerima pujian ramai berhubung tindak balasnya pada serangan tahun lalu itu yang mengorbankan 51 orang Islam. – AFP

TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )