Polis UK sahkan mayat ditemui di hutan milik eksekutif pemasaran yang hilang

Polis UK sahkan mayat ditemui di hutan milik eksekutif pemasaran yang hilang

LONDON: Polis Britain telah menahan seorang rakan polis kerana disyaki menculik dan membunuh, menyatakan kelmarin bahawa satu mayat yang ditemui di dalam hutan adalah milik seorang wanita yang hilang yang menjadi tumpuan dalam kes berprofil tinggi yang mencetuskan kemarahan penduduk di United Kingdom (UK).

Wanita itu, seorang ekse-kutif pemasaran berusia 33 tahun, hilang ketika berjalan pulang ke rumah dari flet seorang temannya di selatan London pada petang 3 Mac.

Kes itu telah memberikan kejutan kepada pasukan polis London dan orang awam serta mencetuskan satu perdebatan mengenai keselamatan wanita.

Perkembangan terkini muncul ketika detektif me-nyatakan mereka telah diberikan lebih banyak masa untuk menyoal siasat seorang anggota yang sedang berkhidmat dalam unit perlindungan diplomatik elit bagi Metropolitan Police berhubung dengan kes itu.

“Mayat telah ditemui sekarang dan satu prosedur pengenalpastian rasmi telah dilakukan. Saya sekarang dapat mengesahkan bahawa ia adalah mayat Sarah Everard,” penolong pesuruhjaya Metropolitan Police Nick Ephgrave memberitahu wartawan.

Ephgrave menyatakan beratus-ratus anggota polis telah “bertugas sepanjang masa bagi menentukan punca sebenar kehilangan dan pembunuhan Sarah.”

“Seorang lelaki masih berada dalam tahanan di sebuah balai polis London kerana disyaki melakukan jenayah ini,” tambahnya.

Kes itu telah menimbulkan kemarahan yang meluas di UK, dan pada Khamis lepas AP Jess Phillips telah membacakan nama-nama di dalam Parlimen bagi 118 wanita dan budak perempuan yang dibunuh di Britain pada tahun lepas.

“Wanita yang meninggal dunia merupakan satu perkara yang kita semua harus terima sebagai sebahagian daripada kehidupan harian kita,” menurut Phillips, membacakan nama-nama mangsa yang mana pembunuhannya melibatkan seorang lelaki didakwa atau disabitkan.

“Wanita dibunuh adalah bukan sesuatu yang sangat jarang. Wanita dibunuh adalah biasa,” tambahnya.

Independent Office for Police Conduct (IOPC), sebuah badan pemerhati yang menguruskan aduan berkaitan dengan polis, sedang menyiasat pihak polis me-ngenai cara ia menguruskan kes tersebut.

Itu termasuk memeriksa bagaimana suspek akhirnya memerlukan rawatan di hospital pada Khamis lepas, bagi kecederaan di kepala yang dialaminya ketika berada dalam sel tahanan sendirian.

Suspek, yang identitinya tidak didedahkan oleh pihak berkuasa namun telah di- namakan secara meluas dalam media, pada mulanya ditahan di Kent, tenggara England, pada leweat Khamis kerana disyaki menculik.

Dia ditangkap bagi pembunuhan pada hari berikutnya dan telah disoal siasat bagi satu tuduhan berasingan untuk pendedahan kurang sopan.

Pihak pemerhati IOPC telah menyatakan ia akan menyiasat sama ada anggota Met telah memberikan respons yang sewajarnya kepada tuduhan pendedahan kurang sopan, yang berlaku beberapa hari sebelum kehilangan Everard.

— AFP

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )