PRN Sabah: PM Muhyiddin teruskan siri kempen

PRN Sabah: PM Muhyiddin teruskan siri kempen

KOTA KINABALU, 23 Sept — Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meneruskan siri kempennya pada Pilihan Raya Negeri Sabah dengan menghadiri majlis ramah mesra bersama pengundi di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Luyang di sini malam ini.

Turut hadir Naib Presiden Bersatu Datuk Seri Ronald Kiandee.

Calon bagi kerusi Luyang, Gee Tien Siong (PN-SAPP) dan calon DUN Likas, Dr Chang Kee Ying (BN-MCA) berkongsi pentas bersama perdana menteri.

Muhyiddin berada di negeri ini minggu lepas dalam siri kempennya pada pilihan raya ini dengan pengundian dijadualkan Sabtu ini.

— BERNAMA

Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )