Ringgit dibuka tinggi pada pagi

Ringgit dibuka tinggi pada pagi

KUALA LUMPUR,. Ringgit terus mengukuh untuk dibuka tinggi sedikit pagi ini berbanding dolar AS, mengambil petunjuk daripada peningkatan mata wang Yuan China dan data positif negara itu, kata para peniaga.

Pada pukul 9 pagi, mata wang tempatan disebut harga pada 4.1430/1480 berbanding dolar AS daripada 4.1470/1520 ketika ditutup Jumaat lepas.

Ketua Strategi Pasaran Global Axi Stephen Innes berkata tarikan graviti ke atas mata wang Yuan China seharusnya dirasai dalam peningkatan mata wang China seperti ringgit dengan para peniaga menghuraikan data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pagi ini dijangka menunjukkan kadar pergerakan yang pantas ekonomi kembali kepada normal selepas COVID-19.

Harga minyak kekal disokong oleh permintaan dari Asia dan pematuhan negara-negara pengeksport petroleum (OPEC), kata beliau.

“Dengan urus niaga yuan begitu kukuh pada Jumaat dan dengan mengandaikan People’s Bank of China tidak akan menarik balik satu lagi halangan ke atas penetapan Renminbi, ringgit boleh diniagakan dengan lebih baik pagi ini,” kata beliau kepada Bernama.

Sementara itu, Ketua Ekonomi Bank Islam Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit dilihat bergerak antara RM4.14 dan RM4.15 berbanding mata wang AS sejak beberapa hari lepas selepas mencecah paras setinggi RM4.1347 pada 9 Oktober.

“Faktor luaran akan terus menjadi faktor utama memandangkan para pelabur masih lagi mempertimbangkan satu lagi pusingan rangsangan fiskal di AS terutama menjelang Pilihan Raya Presiden AS pada 3 November.

“Pada ketika ini, AS amat memerlukan suntikan fiskal terutamanya untuk bantuan penggajian yang mana dalam trend sebelum ini, tuntutan pengangguran awal meningkat sebanyak 53,000 daripada minggu sebelumnya kepada 898,000 untuk minggu berakhir 10 Oktober,” kata beliau.

KDNK suku ketiga China juga akan menjadi tumpuan kerana ekonomi diramalkan terus mengukuh pada suku September dan ini boleh menyokong ringgit kerana pertumbuhan positif di China boleh mengekang kesan kemelesetan global tahun ini, tambah beliau.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama yang lain.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0515/0563 daripada 3.0517/0556 ketika ditutup pada Jumaat dan lebih tinggi berbanding pound Britain kepada 5.3598/3667 daripada 5.3654/3735.

Mata wang tempata mengukuh sedikit berbanding euro pada 4.8552/8623 daripada 4.8553/8628 pada Jumaat lepas dan naik berbanding yen kepada 3.9307/9359 daripada 3.9409/9460 sebelumnya.

-BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )