Ringgit mengukuh 60 mata asas berbanding dolar AS ketika dibuka pagi Selasa

Ringgit mengukuh 60 mata asas berbanding dolar AS ketika dibuka pagi Selasa

KUALA LUMPUR,. Ringgit meneruskan keuntungan yang diraih pada urus niaga Isnin untuk dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini, disokong oleh permintaan kukuh untuk unit tempatan itu berserta peningkatan harga minyak mentah, kata seorang penganalisis.

Pada 9.02 pagi, mata wang tempatan mengukuh 60 mata asas kepada 4.0570/0630 bebanding dolar AS daripada 4.0630/0680 ketika ditutup petang semalam.

Ketika berita ini ditulis, minyak mentah Brent naik 0.48 peratus untuk diniagakan pada US$60.85 setong.

Ketua Strategi Pasaran Global Axi, Stephen Innes berkata sementara ringgit pada kebiasaannya menikmati semua kelebihan ketika harga minyak melonjak, tetapi minggu ini lebih kepada minggu penentu bagi unit tempatan berkenaan.

Sementara itu, ringgit diniagakan lebih rendah berbanding mata wang utama yang lain.

Unit tempatan ini susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0453/0501 daripada 3.0421/0465 ketika ditutup pada Isnin petang dan lemah berbanding euro kepada 4.8911/8996 daripada 4.8874/8942.

Ringgit merosot berbanding yen kepada 3.8583/8647 daripada 3.8472/8523 dan jatuh berbanding pound Britain kepada 5.5796/5887 daripada 5.5683/5764 sebelumnya.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )