SC pastikan pasaran modal Malaysia kekal adil dan teratur

SC pastikan pasaran modal Malaysia kekal adil dan teratur

KUALA LUMPUR,. Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) memantau perkembangan terkini dalam pasaran modal berdasarkan keadaan domestik semasa dan global.

Dalam kenyataan hari ini, pengawal selia pasaran itu berkata pengantara pasaran dengan kedudukan modal yang kukuh, tahap mudah tunai yang baik dalam industri pengurusan dana dan infrastruktur pasaran yang teguh akan terus memacu daya tahan dan melindungi pasaran modal daripada kejutan luaran.

“SC akan terus memantau pasaran untuk memastikannya beroperasi dengan adil dan teratur,” katanya.

— BERNAMA

TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )