TM sambung semula perkhidmatan pemasangan unifi di zon bebas COVID-19

TM sambung semula perkhidmatan pemasangan unifi di zon bebas COVID-19

KUALA LUMPUR,. Telekom Malaysia Bhd (TM) mengumumkan akan meneruskan aktiviti pemasangan perkhidmatan unifi di premis pelanggan yang terletak di kawasan Zon Hijau seperti yang diisytiharkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Begitu juga, untuk aktiviti perkhidmatan pemulihan, pasukan teknikal TM akan menyelesaikan isu-isu perkhidmatan pelanggannya termasuk di dalam premis mereka, dengan syarat premis tersebut terletak di kawasan Zon Hijau, selari dengan garis panduan yang ditetapkan oleh KKM dan NSC.

Dalam satu kenyataan pada Khamis, TM berkata bagi mereka menetap di kawasan Zon Kuning dan Merah, aktiviti pemulihan akan dilakukan hingga ke Pusat Pengedaran (DP) sahaja dan pelanggan perlu membuat sendiri Peralatan Premis Pelanggan (CPE) mereka dengan bantuan dari pasukan teknikal TM.

Bagaimanapun, aktiviti pemulihan akan diteruskan seperti yang dijalankan di hospital, klinik dan agensi kritikal lain ketika ini.

Sementara itu, TM berkata untuk pelanggan unifi baharu Home yang tinggal di Zon Kuning yang sedang menunggu pemasangan perkhidmatan jalur lebar gentian mereka, mereka akan disediakan unifi Air sebagai penyelesaian interim untuk akses Internet jalur lebar mereka.

Perkhidmatan tanpa wayar ini akan tersedia kepada pelanggan yang berada di kawasan liputan evolusi jangka panjang TM.

“Berikutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan, rakyat Malaysia sudah mula menyesuaikan diri dengan ‘kebiasaan baharu’ dengan duduk di rumah dan bekerja dari rumah.

“Kita semua menyaksikan perubahan yang tidak dijangka dalam gaya hidup kita, dengan banyak kemahiran dan pelajaran dipelajari ketika kita meneruskan perjuangan melawan pandemik COViD-19,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Datuk Noor Kamarul Anuar Nuruddin.

Katanya, TM serius menggalas tanggungjawab itu dan memutuskan untuk meneruskan aktiviti pemasangan dan pemulihan perkhidmatan di premis pelanggan bagi membolehkan mereka terus menikmati perkhidmatan jalur lebar yang lancar.

Bagaimanapun, TM telah menyediakan protokol keselamatan yang diperlukan, mematuhi panduan yang ditetapkan oleh KKM, MKN dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kerana keselamatan dan kesihatan pekerja dan pelanggannya tetap menjadi keutamaannya.

“Oleh itu, kami harus jelas mengenai langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil oleh pekerja dan pelanggan kita sebelum melakukan sebarang aktiviti di dalam premis pelanggan.

“Kami juga meminta kerjasama baik daripada pelanggan kami untuk memenuhi syarat ditetapkan dengan mengisi Borang Pengisytiharan Kesihatan secara digital untuk memastikan keselamatan kedua-dua pihak,” katanya.

— BERNAMA

TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )