TNB pastikan bekalan elektrik stabil di pusat penyimpanan vaksin

TNB pastikan bekalan elektrik stabil di pusat penyimpanan vaksin

KUALA LUMPUR,. Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah membuat persiapan awal bagi memastikan bekalan elektrik di pusat penyimpanan vaksin dan pusat pemberian vaksin COVID-19 seluruh negara, kekal stabil sepanjang pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB Datuk Ir. Baharin Din berkata, perbincangan bersama pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah dan sedang diteruskan, bagi memperinci keperluan KKM terutama melibatkan usaha mengelakkan gangguan bekalan di lokasi penyimpanan vaksin.

“TNB akan memastikan sistem bekalan elektrik utama dan alternatif beroperasi dengan baik, di semua pusat penyimpanan dan pusat pemberian vaksin.

“TNB juga merangka pelan kontingensi pemulihan bekalan dengan pantas di bebe-rapa pencawang yang dikenal pasti, melalui pemasangan sistem pengalihan bekalan secara automasi kawalan jauh antaranya ‘Normal Off Point’ (NOP), ‘Automated Transfer Scheme’ (ATS) dan ‘Remote Terminal Unit’ (RTU),” katanya dalam kenyataan semalam.

Kerja-kerja ‘penyelenggaraan berdasarkan keadaan’ (CBM) terhadap pencawang dan pembekal elektrik ke pusat penyimpanan vaksin telah dilaksanakan, bagi mengelakkan kegagalan pada sistem.

TNB juga melakukan sesi keterlibatan dengan pihak hospital dan klinik kesihatan, untuk memastikan set jana kuasa mereka berfungsi dan bersedia untuk beroperasi sekiranya diperlukan.

Pasukan teknikal TNB akan berada dalam keada-an siap sedia, serta set-set jana kuasa bergerak akan diletakkan di lokasi-lokasi strategik, bagi memastikan tindakan yang pantas dapat diambil sekiranya berlaku sebarang gangguan bekalan, di pusat-pusat penyimpanan vaksin.

Malaysia bakal menerima vaksin Pfizer-BioNTech bermula 21 Februari, disusuli pelaksanaan fasa pertama program imunisasi pada 26 Februari.

Bekalan elektrik yang stabil diperlukan kerana vaksin tersebut perlu disimpan pada suhu -70 darjah Celsius.

Baharin memaklumkan syarikat utiliti itu turut menyediakan dua saluran perhubungan khusus (ta-lian khas), kepada pusat penyimpanan vaksin bagi membolehkan komunikasi pantas dengan TNB jika berlaku gangguan.

Dalam pada itu, Baharin memohon kerjasama kontraktor-kontrakor yang melakukan kerja-kerja pe-ngorekan berhampiran kabel bawah tanah TNB, untuk menghubungi syarikat utiliti itu sebelum memulakan kerja bagi mengelak kerosakan pada kabel, seterusnya menyebabkan gangguan bekalan terutama di pusat-pusat penyimpanan vaksin.

Orang ramai boleh melaporkan gangguan bekalan atau sekiranya menye-dari sebarang kejanggalan pada pepasangan TNB, melalui talian TNB CareLine 15454.

— Bernama

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )