Tottenham bersemangat kembali selepas berjaya mengalahkan Villa 2-0

Tottenham bersemangat kembali selepas berjaya mengalahkan Villa 2-0

BIRMINGHAM: Tottenham kembali selepas dikejutkan dengan penyingkiran Liga Europa apabila ditewaskan Dinamo Zagreb dengan bangkit menentang Aston Villa 2-0 pada Ahad dan menyemarakkan semula harapan untuk kembali ke empat teratas Liga Perdana.

Salah satu jalan ke Liga Juara-Juara musim depan buat Spurs lenyap dengan dalam perlawanan mengecewakan di ibu kota Croatia apabila skuad Mourinho kalah 0-3 selepas masa kecederaan dan melepaskan skor pendahuluan 2-0 dalam pusingan pertama.

Cara menerima kekalahan dan kekasaran kata Mourinho dan kapten Hugo Lloris menimbulkan spekulasi berapa lama lagi bekas jurulatih Chelsea, Real Madrid dan Manchester United itu akan diberi masa untuk mengubah nasib Tottenham.

Mourinho membuat lapan pertukaran dalam cubaan untuk merancakkan permainan dan berjaya mendapat respon yang diperlukan, sungguhpun persembahan itu masih jauh daripada yang dimahukan.

Carlos Vinicius berganding dengan Harry Kane dalam pertukaran 4-4-2, dan juga Gareth Bale dan Dele Alli dikeluarkan ke bangku walaupun tanpa kehadiran Son Heung-min akibat kecederaan.

Villa juga bermain tanpa pemain utama mereka Jack Grealish akibat kecederaan dan lagi sekali pertukaran beliau tidak berhasil apabila anak didik Dean Smith mendominasi permainan sebelum rehat tanpa membuahkan banyak peluang percubaan.

Dalam enam perlawanan sejak kecederaan kaki Grealish, Villa hanya berjaya meraih empat mata daripada lima perlawanan dan gagal untuk berada di empat teratas.

Spurs tidak mengancam sehingga satu hantaran jauh ke sudut atas membuka mata Villa dalam minit ke-29.

Emiliano Martinez bergegas ke luar kotaknya untuk menghalang, namun bola itu jatuh ke Lucas Moura terus melorong bola kepada Kane sebelum ke Vinicius yang merembat masuk gol pertama beliau dalam Liga Perdana sejak menyertai sebagai pemain pinjaman daripada Benfica pada Oktober.

Setelah mendapat gol pembuka, pasukan pelawat itu semakin bagus pada separuh masa kedua.

Kane menampakkan cubaannya dari tepi gol dihalang Matty Cash dengan melanggarnya, dan Spurs dihadiahkan sepakan penalti pada 22 minit sebelum masa tamat.

Pengadil menunjuk spot penalti dan disempurnakan Kane untuk gol ke 27 beliau dalam musim ini.

Masih ada harapan buat Tottenham dalam sembilan lagi perlawanan liga dan mereka menaiki tangga keenam dan menghampiri tiga mata di belakang kumpulan tempat keempat Chelsea.

Villa jatuh di tempat kesepuluh, masih sepuluh mata daripada Chelsea.

— AFP

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )