Untung bersih suku kedua Gas Malaysia meningkat kepada RM62.34 juta

Untung bersih suku kedua Gas Malaysia meningkat kepada RM62.34 juta

KUALA LUMPUR,. Gas Malaysia Bhd mencatatkan peningkatan keuntungan bersih pada suku kedua yang berakhir 30 Jun 2021 (S2 2021) kepada RM62.34 juta daripada RM44.62 juta pada tempoh yang sama tahun lalu.

Ini disebabkan terutamanya oleh keuntungan kasar yang lebih tinggi dan kos kewangan yang rendah, diimbangi oleh perbelanjaan operasi serta bahagian kerugian yang lebih tinggi daripada usaha sama kumpulan.

Hasil bagaimanapun merosot kepada RM1.37 bilion daripada RM1.54 bilion yang dicatatkan tahun lalu berikutan tarif purata gas asli yang lebih rendah, pengurangan jumlah penjualan gas asli yang lebih tinggi ditambah dengan pelarasan pendapatan pada suku semasa.

“Di sebalik ketidaktentuan yang berlaku, kumpulan akan terus waspada dan mengambil langkah-langkah yang sesuai dan tepat waktu untuk mengekalkan keuntungan kumpulan bagi tahun kewangan 2021.

Syarikat mengumumkan dividen sebanyak 4.80 sen sesaham yang berjumlah RM61.63 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2021.

— BERNAMA

TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )